seperti debar menunggu-nunggu kepompong melahirkan kupu-kupu dan mereka-reka warna apa kelak yang dibawa sayap-sayap kekar dipunggungmu.cintaku, adakah yang lebih menakjubkan selain melihatmu tumbuh?
jiwa
jika kau yakin cinta akan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu,maka yakinlah bahawa lara itu hanya sebatas duri;hikmah yang akan terjadi sesuatu yang manis dalam risalah hidupmu.meskipun kelam,kadang-kadang menjadi duri dalam igauan kesunyian jiwamu,terus tabahkan jiwa dan raga untuk menyangganya sungguhpun seluruh raga remuk-redam,terkoyak kerana kamu tidak kuasa menghadapi kenyataan.kerana cinta ialah cahaya yang terselit di antara gelap dan terang kehidupanmu;maka carilah cinta sucimu yang agung dan tersenyumlah!walau apapun tafsiranmu tentang cinta,ia tetap ada dan bersemayam dalam hatimu.
No comments:
Post a Comment