Saturday, December 13, 2008
fahami jiwa
TUHANsemua yang aku dengar
di alam raya ini, dari ciptaanMu
ocehan burung, desiran dedaunan,
gemerciknya air di pancuran
nyanyian burung tekukur
hembusan angin, suara guruh
dan kilat yang berkejaran
kini
aku fahami sebagai tanda bukti
atas keagunganMU
sebagai saksi abadi, atas keesaanMu
dan
sebagai khabar berita bagi manusia
bahawa tak suatu pun ada
yang menandingi dan menyekutuiMu
jiwa
rintih jiwa
hingga tak ada sesuatu pun menggangguku
dalam jumpaMu
TUHANku, bintang-bintang berkerlipan
manusia terlena dalam buai tidur
pintu-pintu istana pun telah rapat tertutup
TUHANku, demikian malam pun berlalu
dan inilah siang datang menjelang
aku menjadi resah gelisah
adakah persembahan malamku KAU terima
hingga aku berhak meneguk bahagia
ataukah itu KAU tolak, hingga aku dihimpit duka
demiMu
inilah yang akan selalu kulakukan
selama KAU beri aku kehidupan
demi kemanusiaanMu
andai KAU usir aku dari pintuMu
aku tak akan pergi berlalu
kerana cintaku padaMu sepenuh kalbu
jiwa
Thursday, December 11, 2008
alam raya pun bertasbih kepadaMu. memuji segala keagunganMu. burung-burung yang berterbangan di bawah naungan langit biru bertasbih dengan nada merdu anugerahMu. melafazkan madah-madah di setiap kepak sayapnya. gemercik air yang meliuk di atas permukaan sungai melafazkan namaMu. memantulkan bias. batu-batu di balik lipatan air sujud pada hamparan bumi dan bentangan langitMu dan mengagungkanMu. gunung. bukit. semuanya memanjatkan syukur kepadaMu. cuba mengabdi dan taat pada segala perintah dan menjauhi segala yang Kau larang. duhai Rabb, keangkuhan bagaimanakah yang mampu melukai cinta kami kepadaMu?jiwa
Saturday, November 29, 2008
Ya Allah…..daku ingin kembali menatap warna pelangi dengan sesuci hati tanpa sangsi terhadap hari-hari yang bakal kujalani. Tanpa rasa benci pada isi alam walau diriku ini disakiti. Engkau siramkanlah hidayah ke dalam hati-hati kami yang menyimpang dari jalanMu. Ampunilah kami….murnikanlah hati-hati kami untuk kembali bersatu di bawah iman dan takwa kepadaMu. Lindungilah kami, berikan kami hidayah dan tabahkanlah hatiku ini untuk menjalani semuanya….walau diriku ini disakiti sebegini…..tidak kuminta melainkan kesejahteraan dan keampunan baik untuk diriku yang disakiti juga mereka yang menyakitiku…
Terlalu banyak masa yang dibuang. Waktu itu aku hanya menggunakan masa untuk berfikir dan bertanya kenapa diriku semalang itu! Waktu itu aku hanya memikirkan akan saat-saat bahagia yang dikecapi oleh orang lain. Kenapa aku tidak ditakdirkan bahagia dan bertuah seperti orang lain? Dek kerana kejahilan diri, aku bersusah payah memikirkan kenapa takdir tertulis sedemikian. Tanpa aku sedari semua itu adalah kehendak Allah yang tidak mampu difikir oleh akal manusia. Hanya Dia yang tahu. Dan terbuanglah masa.
Aku menjadi bisu pada lidah tetapi berkata pada hati. Bisikan apakah ini? Perasaan apakah ini? Sayu dan pilu mengasak ruang hati. Hiba memenuhi rongga dada. Entah mengapa. Inikah indah dan gusar. Pernah aku menghantar waras difikiran tetapi aku tidak menemui apa-apa jawapan yang pasti. Benarlah manis pertemuan itu sentiasa menjanjikan pahitnya perpisahan.
Dan luka itu walaupun mengalir, sudah tidak mampu menitiskan air matanya lagi. Telaga masin di mata ini mungkin telah kering kerana dia sudah bosan untuk sentiasa mengalirkannya. Dan ketabahan menebal, setebal tembok yang membatu di dalam jiwa ini.
Dan apa yang tertimpa ke atas diriku juga ada sebab-musababnya. Perlukah aku tewas dalam menilai hikmahnya ciptaan Allah itu dan terus membiarkan diri lemas dalam arus penyesalan dan ketidakpuasan hati terhadap segalanya?
Demikian diingatkan kita, betapa besarnya fitnah dunia tetapi terlalu banyak dalam ini yang telah menderitakan jiwa dan jasad kita hingga ke akhirnya kita berputus asa daripada memohon kepada Allah…. Seolah-olah dunia ini terlalu penting dan mahal untuk kita lepasi dengan kesakitan. Dan sesungguhnya, kita memang mampu menyedari semua itu…. Kita mampu memperkatakan bahawa dunia ini tiada apanya…hanya medan atau persinggahan untuk suatu perjalanan yang amat jauh tetapi untuk meyakini bahawa kesakitan kelukaan yang kita rasa daripada ujian yang ditimpakan itulah yang payah. Kegagalan untuk berpegang dengan keyakinan akan hal itulah yang banyak menjadikan kita menderita, terseksa dan kecewa. Sedangkan hakikatnya, dunia ini tidaklah seberapa.
Ujian ini datang padaku untuk kutempuhinya. Bukan untuk kupertikaikan kenapa ianya menimpa kepadaku. Kerana semua ini datang daripada Allah. Dan aku harus mula belajar untuk reda….. setulus hati!
jiwa
| My Wish For You |
I wish....
You happiness on a cloudy day.
Blue skies to chase your cares away.
A breath of fresh air when you are feeling down.
Anything to get rid of that frown.
A sprinkle of rain,
And a life free of pain.
I wish you warmth from the rays of the sun
And a lifetime of joy and fun.
| Just keep your eyes to the sky. And know I am always nearby |
ya Allah
Ya Allah....!
Daku tetap menantiMu di setiap kali
Angin menyapa jasadku...
Daku tetap mencintaiMu
Meski berulang kali telah kumungkiri....
Daku masih mencintaiMu
Dan aku mahu terus begitu....
Ya Allah....!
Meski fajar terbenam....
Meski rembulan sembunyi di balik awan
Meski senja tiada lagi warna jingga....
Aku masih ingin mencintaiMu....
Meski cinta itu sungguh payah kumiliki....
Meski cinta itu sungguh payah
Untuk kuselitkan ke dalam hati....
Dan....
Daku pasti
Dengan rahmat dan kasih sayangMu....
Daku tetap akan menanti
Meski waktu itu, separuh nyawaku telah
Engkau pisahkan dari jasadku....
Dan semoga cinta ini
Akan menjadi saksi bahawa
Aku tidak mahu pulang
Tanpa cintaku kepadaMu
Ya Tuhanku!
jiwa
doa

DOA
Doa bermula dari hati yang gelisah,
Dengarkanlah gejolaknya
Doa adalah suatu kerinduan terhadap Kasih kita yang sebenarnya.
Ikutilah bimbingannya
Doa itu seperti kebun.
Peliharalah; maka doa akan berbuah
Doa boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Lakukanlah sesuai dengan cara anda
Berdoalah selalu, tapi jadualkan juga waktu khusus.
Roh, seperti halnya badan, memerlukan latihan-latihan teratur
Buatlah doa anda pendek.
Cinta memerlukan sedikit kata-kata
Berdoalah di mana sahaja anda berada.
ALLAH ada di mana-mana
Jika anda menginginkan sesuatu, bertanyalah pada diri anda sendiri,
" Apakah saya menginginkan perkara yang dikehendaki ALLAH? "
ALLAH menghendaki kebaikan sejati anda
Bila doa anda menjadi kering dan rutin, teruskan sahaja.
Tanah yang kering kontang menyambut datangnya hujan
Bawalah kemarahan anda dalam doa.
Logam yang panas boleh dibentuk
Bila anda berdosa dan terus menerus jatuh, berdoalah.
ALLAH tetap mencintai taubat anda
Berdoalah bila anda cemas.
Doa membuat segala sesuatu boleh difikirkan dan dipertimbangkan secara
sihat
Bila kerana sesuatu perkara, anda tidak boleh berdoa, bersantailah.
Keinginan untuk berdoa itu sudah merupakan doa
Bila doa mengajak anda untuk mengambil risiko, beranilah.
ALLAH akan bersama anda
Bila anda merasa sedih atau menyesal, menangislah.
Airmata adalah doa dari hati
Jika anda tidak menyukai seseorang, berdoalah untuknya.
Doa mengungkapkan ALLAH yang maha tersembunyi
Bila anda menerima khabar buruk, tabahlah.
Doa memberi cahaya
Bila penyakit, usia, kepedihan, atau kecemasan merosak fokus anda,
bersantailah.
ALLAH MAHA MEMAHAMI
Jika doa membuat anda jadi pasif dan acuh tak acuh, itu bukanlah doa.
Doa sejati akan membuahkan keperihatinan dan pelaksanaan
Gunakanlah saat-saat tenang untuk berdoa.
Ketenangan menarik anda kepada ALLAH Maha Besar
Gunakanlah saat-saat gawat untuk berdoa.
Huru-hara adalah tanda makhluk sedang memerlukan ALLAH
Berdoalah bila anda merasa kesepian.
Doa membuat anda ditemani oleh para malaikat
Bila hidup ini terasa kejam dan tak adil, berdoalah terus.
ALLAH menentukan segalanya
Bila hati anda penuh dengan rasa syukur, biarkanlah demikian.
Kasih Allah sedang mengalir di dalam diri anda
Bila anda terpesona di penciptaan, biarkanlah demikian.
Allah sedang menunjukkan kekuasaanNya pada anda
Masukkanlah seluruh dunia dalam doa anda.
Perdamaian tergantung padanya
Berdoalah sebelum tidurmu.
Tidur adalah doa dari manusia yang merasa aman dengan cinta ALLAH
Berdoa adalah bernafas.
Lakukanlah dalam-dalam dan anda akan dipenuhi dengan kehidupan
Bila anda mulai merasa maju dalam kehidupan doa, fikirkan sekali lagi.
Kehidupan taqarrub ILALLAH itu lebih dalam daripada perasaan dan
pengalaman anda.
jiwa





