Saturday, December 13, 2008

fahami jiwa

TUHAN
semua yang aku dengar
di alam raya ini, dari ciptaanMu
ocehan burung, desiran dedaunan,
gemerciknya air di pancuran
nyanyian burung tekukur
hembusan angin, suara guruh
dan kilat yang berkejaran
kini
aku fahami sebagai tanda bukti
atas keagunganMU
sebagai saksi abadi, atas keesaanMu
dan
sebagai khabar berita bagi manusia
bahawa tak suatu pun ada
yang menandingi dan menyekutuiMu

jiwa

No comments: