Wednesday, December 17, 2008

KALAU selama ini aku menyangka aku bermimpi, kejutkanlah aku sejenak daripada mimpi-mimpi yang KAU beri. renjislah aku dengan gerimisMu yang selalu mengintai aku di balik awanMu.

kalau selama ini aku menyangka aku bermimpi, bangkitkanlah aku daripada igauanMu. simbahlah aku dengan kocakan air dari langitMu yang tidak bertepi.


TUHANKU....
mengapa mimpiku panjang sekali sehingga aku terlena dalam arus yang mengkhayalkan. sekali pun tidak pernah terlintas di hati ini bahawa mimpiku akan berakhir dengan realiti. tersungkur aku.... YA ALLAH. di dada bumiMu yang telah hilang merah. betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari padahal rembulan sudah lama menghuni.


TUHANKU....
andainya aku tersasar jauh dari jangkauanMu, kembalikanlah aku dalam selimut kasihMu supaya aku tidak tergolong dalam kalangan yang tertipu bukan oleh siapa-siapa tetapi tertipu oleh bayang-bayang sendiri.

mungkin kerana saban hari aku meneguk secawan luka, menghirup secangkir lara, aku menjadi biasa. lantas, luka itu mampu kurawat sendiri. lara itu kujahit sendiri.

dan, lama-lama aku jadi mengerti.... seperti mengertinya insan-insan terdahulu. kusedari kini.... mengujiku adalah mainanMu. memberi padaku juga adalah limpah kurniaMu. mengambil juga adalah hakMu. justeru, aku kian berani menempuh hari-hariMu.


salam sayang.... jiwa

No comments: