hairankah kau kala aku usir dia
takjubkah kau kala aku harap ia pulang segera
bukankah lebih baik berpisah untuk kembali jumpa
berbanding berpisah selamanya.
lantaran adanya jarak yang membentang di sana
tak benar kiranya apabila mereka menyangka
perpisahan sementara itu bencana adanya
indahnya perjumpaan boleh jadi tak mereka rasakan.
biarkan perpisahan, supaya perjumpaan boleh kau rasakan
nikmati kedukaanmu lantaran jarak yang memisahkan
sebelum kau rasakan dukanya perpisahan kerana kematian.
jiwa
Saturday, November 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment